Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
i-City mampu jadi segi tiga emas Selangor
Home
i-City mampu jadi segi tiga emas Selangor
Zulfadli Bin Yusmar
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Pembangunana pesat kawasan sekitar pacu potensi pertumbuhan Pembangunan pesat di i-City yang bakal menempatkan pusat beli-belah dengan keluasan 940,000 kaki persegi, Central i-City, mampu menjadikannya salah satu pusat kawasan segi tiga emas di Selangor.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata pembangunan di i-City serta kawasan sekitar seperti Klang dan Shah Alam dilihat mempunyai potensi yang baik. “Ia adalah satu ruang ekonomi yang baik kepada rakyat Selangor dan penduduk Shah Alam dan Malaysia,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu China bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia di Hotel Concorde Shah Alam, baru-baru ini.
Sebelum ini media melaporkan, I-Bhd dan Central Pattana, pemaju rangkaian pusat beli-belah terbesar di Thailand menandatangani perjanjian pada Mei 2013, bagi penubuhansyarikat usaha sama membangunkan pusat beli-belah di i-City, di Shah Alam.
Menerusi perjanjian itu, I-Bhd dan CPN Global Company Limited (CPN Global), anak syarikat milik penuh Central Pattana Plc menubuhkan syarikat usaha sama bagi membangunkan pusat beli-belah yang bernilai RM580 juta.
Ditanya adakah kerajaan Selangor menyaksikan lebih banyak pelabur asing memasuki pasaran negeri itu dengan kehadiran Central Pattana, Amirudin berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan kehadiran mereka selain pentadbiran negeri mempunyai dasar yang mesra pelabur selain ia memberikan layanan terbaik sama ada terhadap pelabur tempatan mahupun antarabangsa.
“Atas sebab itu kita mendapat pemain industri seperti Toyota, Ikea dan Daiso baru-baru ini dan reputasi itu kita akan kekalkan secara berterusan,” katanya.
Selangor dijangka mencatatkan jumlah pelaburan tahun lalu iaitu pada RM14 bilion, kedua tertinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Amirudin berkata, jumlah itu dua kali ganda melepasi sasaran RM7 bilion yang diletakkan kerajaan Selangor. Bagaimanapun, katanya pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Perkara ini akan diumumkan secara rasmi oleh MIDA. MIDA ada menyebut kepada saya ia mungkin mencapai RM14 bilion. Ia adalah pencapaian yang baik kerana melebihi RM11 bilion hingga RM12 bilion. “Kalau ikutkan rekod selama 10 tahun, ini pencapaian kedua tertinggi. Kali terakhir pada 2014 apabila kita mendapat lebih RM15 bilion pelaburan. “Ini menunjukkan ada kepercayaan komuniti perniagaan antarabangsa kepada Malaysia dan Selangor mendapat limpahan daripadanya kerana sedikit sebanyak Selangor mempunyai pintu masuk dan infrastruktur seperti jalan raya,” katanya.
“Ia adalah satu ruang ekonomi yang baik kepada rakyat Selangor dan penduduk Shah Alam dan Malaysia” Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps