Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser
Home
Neutrogena® Deep Clean® Foaming Cleanser
Zulfadli Bin Yusmar
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Pembersih yang menghilangkan 99% bahan pencemar* mikro dan mengembalikan keserian kulit anda!
Gaya hidup bandar ada kebaikan dan keburukannya, namun apabila ia berkaitan dengan kesihatan kulit kita, keburukannya melebihi kebaikan. Hidup di bandar ini mendedahkan kulit kita kepada serangan luar yang agresif dan salah satu ancaman paling serius ialah pencemaran udara.
Sumber-sumber umum pencemaran udara termasuk asap diesel atau kenderaan yang menggunakan petrol, loji kuasa dan kebakaran terbuka. Malah di dalam rumah pun, kita tidak selamat dari bahaya pencemaran udara: merokok, dapur gas, wasap cat dan produk pembersihan rumah juga menyumbang kepada kebimbangan terhadap kebersihan udara.
Sumber-sumber umum pencemaran udara termasuk asap diesel atau kenderaan yang menggunakan petrol, loji kuasa dan kebakaran terbuka. Malah di dalam rumah pun, kita tidak selamat dari bahaya pencemaran udara: merokok, dapur gas, wasap cat dan produk pembersihan rumah juga menyumbang kepada kebimbangan terhadap kebersihan udara.
Kesan membahaya PM2.5 pada kulit anda |
Tahukah anda bahawa pencemaran memberi kesan kepada 80% penduduk bandar! Oleh kerana pendedahan berterusan terhadap udara berkualiti rendah yang dipenuhi dengan bahan pencemar mikro, kulit kita mengalami kehilangan lembapan sebanyak 60% selepas hanya 7 hari!
Salah satu bahan cemar yang merosakkan kulit ialah Bahan Zarahan (Particulate Matter, PM). Kajian menunjukkan bahawa mana-mana PM dengan diameter 10 mikron atau kurang (≤ PM10) boleh menembusi kulit, menyebabkan masalah kesihatan yang serius, dan salah satu musuh terbesar kulit dalam lingkungan ini adalah PM2.5.
Isu ini amat membimbangkan bagi penduduk bandar - menurut hasil kaji selidik yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di lebih daripada 4,300 bandar, hanya 20% daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan dengan tahap PM2.5 yang boleh diterima!
Zarah PM2.5 adalah 20 kali lebih kecil daripada pori-pori manusia, membolehkannya menembusi dengan mudah hingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Jika anda tertanya-tanya berapa kecil, bayangkan: diameter sehelai rambut adalah kira-kira 30 kali lebih besar daripada mikro zarah PM2.5 yang paling besar!
Memandangkan PM2.5 itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dilihat dan menjejaskan kulit kita. Apabila PM2.5 memasuki kulit, ia melemahkan dan merosakkan halangan pelindung semula jadi kulit, menyumbat liang-liang dan menghalangnya daripada berfungsi dengan betul. Apabila pori-pori kita tersumbat, kulit tidak dapat diperbaharui dengan sendirinya sehingga menimbulkan lebih banyak masalah.
Gejala-gejala biasa kerosakan kulit yang disebabkan oleh PM2.5 termasuklah: kekeringan, kulit kusam yang disebabkan oleh pengurangan kolagen, gejala jerawat, pigmentasi dan bintik gelap, garis pramatang dan kedutan dan masalah kulit yang lain.
Adakah terdapat cara untuk menyingkirkan PM2.5 yang berbahaya ini dari kulit kita dengan cara yang selamat? Menurut pepatah lama, "mencegah lebih baik daripada mengubati". Oleh itu, adalah lebih baik untuk mencegah permulaan masalah kulit sebelum ia berlaku, dan bukan mencuba dan memperbaiki kerosakan yang terjadi apabila terlambat.
Untuk meminimumkan kesan pencemaran udara pada kulit anda, membersihkan muka anda dua kali sehari dengan pembersih muka yang bukan sahaja menghilangkan kotoran dan bendasing, tetapi juga menghilangkan bahan pencemar mikro. Memandangkan zarah PM2.5 sangat kecil dan sukar untuk disingkirkan, anda memerlukan pembersih yang terbukti secara klinikal untuk membersihkan bahan pencemar mikro ini dengan berkesan.
Walau bagaimanapun, tidak semua pembersih adalah sama – ramai wanita mempunyai salah faham bahawa semua pembersih berbusa yang ada di pasaran memberikan perlindungan yang mencukupi daripada bahan pencemar luaran, tetapi sebenarnya tidak!
Neutrogena® memperkenalkan cara yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan 99% bahan pencemar mikro PM2.5* sambil mengembalikan seri kulit! Ambil langkah pertama ke arah kulit yang lebih sihat, lebih bersih dengan pembersih Neutrogena® Deep Clean®, Foaming Cleanser, pembersih pertama yang berasaskan gliserin tulen** yang terbukti secara klinikal untuk menghilangkan 99.9% kotoran dan bendasing dari kulit!
Menampilkan formula kawalan minyak yang tidak mengeringkan, pembersih berbusa ini menghasilkan buih yang kaya berkrim yang sampai ke dalam liang-liang pada kulit dan mengeluarkan bendasing seperti kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati. Sinar dan minyak di permukaan kulit dikurangkan sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi. Manfaat daripada bahan utamanya, gliserin tulen, yang menyubur dan menghaluskan kulit menjadikan wajah kelihatan bebas cela, segar dan sihat berseri.
Untuk ketenangan fikiran, pembersih Neutrogena® Deep Clean® juga tidak komedogenik, bebas minyak dan telah diuji oleh pakar dermatologi.
Pembersih Neutrogena® Deep Clean® (RM19.90, 100g) boleh didapati di farmasi terkemuka di seluruh negara. Anda juga boleh membeli dalam talian melalui kedai rasmi Johnson & Johnson di Lazada dan Shopee.
* Berdasarkan kajian keberkesanan klinikal ke atas zarah PM 2.5’
** Berdasarkan produk bilas yang dipasarkan dalam Neutrogena® mulai tahun 2007 – 2017
** Berdasarkan produk bilas yang dipasarkan dalam Neutrogena® mulai tahun 2007 – 2017
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps