Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Siti Aminah Jalal
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Labels
Kolaborasi pertama MYDIN dan Ejen Ali sempurnakan persiapan persekolahan 2020
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) bersama Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) dan WAU Animation buat pertama kalinya berganding bahu memeriahkan persiapan kembali ke sekolah dengan melancarkan kempen ‘Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah Di MYDIN’. Kempen yang akan berlangsung selama dua bulan ini akan bermula pada 1 Disember 2019 dan berakhir pada 31 Januari 2020. Majlis pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.
MYDIN, syarikat pemborong dan peruncit tempatan memilih Primeworks Studios, syarikat gergasi media sebagai rakan kongsi bagi mempergiatkan lagi kempen yang diadakan buat julung kalinya di seluruh Malaysia. Melalui kempen dan kolaborasi ini, pelbagai koleksi eksklusif lengkap persekolahan ditawarkan khas untuk orang ramai. Kerjasama ini dijangka dapat menarik perhatian kanak-kanak yang bakal melangkah ke alam persekolahan pada tahun 2020.
Apa yang membuatkan kempen kali ini lebih istimewa ialah orang ramai berpeluang memiliki koleksi dari karakter filem Ejen Ali yang hanya boleh didapati secara eksklusif di cawangan MYDIN di seluruh negara. Dengan setiap pembelian berjumlah RM50 ke atas, pembeli boleh mendapatkan satu kad figura karakter Ejen Ali secara percuma. Pembeli boleh mengumpul kesemua enam koleksi kad karakter Ejen Ali dan berpeluang membeli sebuah kotak set permulaan Ejen.
Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, “MYDIN sentiasa komited menyediakan kelengkapan persekolahan dengan harga yang kompetitif dan berbaloi. MYDIN yang memiliki 72 cawangan seluruh negara melihat kerjasama ini sebagai salah satu komitmen mengangkat hasil karya tempatan ke taraf antarabangsa. Pelbagai kelengkapan persekolahan koleksi Ejen Ali ditawarkan seperti set uniform lengkap sekolah, stoking dan sebagainya. Selain itu, kami turut membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki koleksi ini melalui dana tabung MYDIN Prihatin.“
Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios pula berkata, “Kempen ini merupakan platform terbaik untuk Primeworks Studios memperluaskan jenama Ejen Ali kepada kanak-kanak. Penghasilan animasi popular dengan kerjasama WAU Animation ini telah menjadikan karakter Ejen Ali sebagai ‘role model’ yang positif kepada orang ramai. Kami yakin filem EJEN ALI THE MOVIE akan menjadi penanda aras kepada kejayaan filem animasi negara pada tahun ini setanding dengan jenama animasi dari luar negara. Dengan promosi yang meluas bersama pihak MYDIN, kami percaya kesan kolaborasi ini dapat memberi satu pengalaman membeli-belah yang inovatif sejajar dengan aktiviti promosi yang pelbagai di MYDIN.”
Sempena kempen kembali ke sekolah ini, MYDIN turut menggerakkan tabung MYDIN Prihatin untuk program tanggungjawab sosial korporat yang telah dilancarkan pada perayaan Deepavali lepas. Kutipan jualan produk sebanyak 5 sen hingga 20 sen dari jenama produk Alagappa’s, Ameera, Julie’s, Lady’s Choice, Antabax, Pran, Ceygold, Trichy serta Vinda akan disumbangkan kepada 500 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari 10 sekolah terpilih. Setiap jumlah belian produk terpilih yang disalurkan ke Tabung MYDIN Prihatin akan dikumpulkan dan jumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan dari koleksi eksklusif Ejen Ali.
Antara aktiviti yang dirangka sepanjang kempen kembali ke sekolah ini adalah program Jelajah Misi Ejen Ali yang bakal berlangsung di MYDIN Seremban 2, MYDIN Parit Buntar, Perak dan MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Aktiviti jelajah ini bakal dimeriahkan lagi dengan kemunculan maskot karakter utama filem EJEN ALI THE MOVIE iaitu Ejen Ali dan Ejen Alicia di 20 cawangan terpilih MYDIN. Selain dari itu, aktiviti-aktiviti yang dijangka bakal menambah tarikan kepada kempen ini adalah seperti pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, ‘slime making’, kuiz Ejen Ali.
Bagi menghangatkan lagi kempen ini, MYDIN turut menjalinkan kerjasama strategik bersama CJWOW, syarikat gergasi media dagang yang mempunyai posisi yang kukuh dalam pasaran e-dagang di negara ini dengan menawarkan pakej pembelian eksklusif melalui rancangan CJWOW Shop. Penonton berpeluang mendapatkan pakej menarik dengan pelbagai tawaran serta hadiah percuma. Tawaran ini adalah terhad hanya pada siaran 13 Disember 2019 (Jumaat) sahaja. Menerusi tawaran istimewa ini, penonton dapat membeli 2 set baju sekolah dengan harga serendah RM139.50. Antara hadiah percuma yang bakal diperolehi oleh penonton adalah t-shirt eksklusif Ejen Ali keluaran MYDIN, bekas botol minuman (700ml), poster filem dan fail ‘EJEN ALI THE MOVIE’.
Jangan lupa untuk menyokong filem animasi tempatan. Jom Kembali ke sekolah bersama MYDIN dan Ejen Ali!

You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Malaysia Launches the Lancet Countdown 2024 Report: A Call to Action on Climate Change, Food Security, and Health
- Get link
- X
- Other Apps