Home Entertainment Spotify Tawaran tahunan musim cuti Spotify Premium kini kembali!
Home Entertainment Spotify Tawaran tahunan musim cuti Spotify Premium kini kembali!

Tawaran tahunan musim cuti Spotify Premium kini kembali!


Tawaran Premium kembali lagi atas permintaan popular! Dapatkan tawaran musim cuti di mana an boleh mendengar lagu seperti “All I Want for Christmas” tanpa iklan: hanya dengan tawaran musim cuti global Spotify Premium. Dengan kadar purata penstriman selama 5 juta minit untuk lagu-lagu musim cuti dimainkan pada musim akhir tahun, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran ini! [1]

Bermula pada hari ini, Spotify membuka tawaran langganan servis Premium untuk 3 bulan pertama dengan harga RM15.90 sahaja kepada pengguna yang layak melalui telco terpilih di laman web Spotify - https://www.spotify.com/my-en/comeback/. Sebagai alternatif, dapatkan tiga bulan percuma jika anda melanggan dengan menggunakan kad kredit di laman web Spotify. Kedua-dua tawaran ini hanya tersedia kepada mereka yang belum melanggan Spotify Premium sebelum ini.

Untuk masa yang terhad juga, Spotify menawarkan langganan tiga bulan dengan harga RM14.90 sahaja kepada pengguna yang layak yang telah melanggan Premium sebelum ini tetapi telah menamatkan langganan mereka atas sebab-sebab tertentu - ini bermakna anda hanya perlu membayar untuk satu bulan Premium dan dua bulan berikutnya adalah percuma. Harga langganan RM14.90 untuk tiga bulan boleh didapati mulai hari ini sehingga Januari 1, 2020. Walau bagaimanapun, tawaran ini tidak dapat dinikmati oleh pengguna yang menamatkan langganan Premium mereka selepas 19 Oktober 2019.

Sama ada anda pulang ke kampung atau menjadi tuan rumah untuk keluarga dan rakan-rakan, Spotify Premium menyediakan lebih dari 50 juta lagu secara “on-demand” dan tanpa iklan, dan 500,000 pilihan podcast untuk anda. Dapatkan maklumat lanjut mengenai promosi Spotify Premium di SINI dan sempena musim percutian ini, jangan lupa untuk membaca Spotify's Holiday Gift Guide yang diumumkan hari ini di For the Record.

[1] Marketing Interactive: Spotify Streams Spike During Year End