Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
Rimba Bara 2 Bawa Legasi Filem Rock Kepada Generasi Baru!
Home
Rimba Bara 2 Bawa Legasi Filem Rock Kepada Generasi Baru!
Siti Aminah Jalal
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
‘Jika Rock Bro dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, mungkinkah Rock 4 adalah permulaan kepada perjuangan mengembalikan era Rock kepada generasi milenial?’ Pengarah prolifik Mamat Khalid kini kembali dengan naskhah terbaru filem Rock yang bakal menemui penonton mulai 20 Februari 2020 di pawagam-pawagam Malaysia dan Brunei. Tayangan perdana filem Rock 4: Rockers Never Dai yang diadakan di pawagam mmCineplexes, eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini menampilkan barisan pelakon muda dan baru yang bakal mencetuskan fenomena ‘rock n roll’ dalam industri muzik tempatan.
Sambutan luar biasa yang diterima dari trilogi filem Rock menjadi ilham dan inspirasi kepada Mamat Khalid untuk menyambung legasi filem tersebut. Rock 4: Rockers Never Dai, diterajui oleh Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.
Rock 4: Rockers Never Dai kembali apabila Ronnie James “Dio” (Sharwani NS) tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima hakikat bahawa trend muzik telah berubah secara drastik dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian yang sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan trend muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial, Dio telah berjaya menubuhkan band Rimba Bara 2. Dapatkah Dio membawa muzik rock kembali ke era kegemilangannya dan menyambung legasi rock melalui Rimba Bara 2?
“Melihat kembali kejayaan filem trilogi Rock, kami percaya filem ini adalah filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem Rock tegar di Malaysia. Kami sentiasa mengagumi karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid khususnya filem yang bergenre rock muzikal ini kerana filem ini sangat sebati dengan jiwanya. Karya beliau dizahirkan melalui penceritaan yang berkisarkan perit-getir perjalanan pemuzik Rock tanah air yang sehingga kini masih gigih memperjuangkan muzik bergenre Rock sehingga ia menjadi genre muzik yang popular di seluruh dunia. Rock 4: Rockers Never Dai, filem yang memaparkan revolusi industri muzik bergenre Rock dan bakal membawa anda mengimbau kembali momen penuh nostalgia. Saya pasti anda akan ‘enjoy’ dan ‘sing-out-loud’ bersama! Filem yang diarahkan oleh rockers tegar ini akan membuatkan anda keluar panggung dengan perasaan wow!”, kata Puan Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.
“Saya yakin naskhah terbaru saya ini bukan sahaja mampu menarik semua lapisan masyarakat untuk menonton malah ia bakal menjadi fenomena baru kepada generasi moden untuk mengenali muzik-muzik rock era 80-an dan 90-an. Rock terbukti ada peminat tersendiri dan saya harap penonton suka. Secara keseluruhannya, Rock 4 adalah sebuah ‘feel good movie’ untuk tahun ini”, ujar Mamat Khalid selaku pengarah filem ini.
Sementara itu, terdapat dua buah runut bunyi rasmi yang mengiringi filem ini, antaranya adalah Kau Yang Bernama Seri’ dinyanyikan semula oleh Hazama dan lagu baru nyanyian dan ciptaan Adam John, iaitu ‘Rock ‘N’ Roll Takkan Mati’. Kedua-dua lagu ini bakal berada di pelantar digital mulai hujung bulan ini. Antara inisiatif lain untuk filem ini adalah membuat satu kompilasi lagu-lagu dari filem Rock (2005), Rock Oo! (2012) dan Rock Bro! (2016) termasuk Rock 4 (2020) yang akan berada di pelantar digital sempena ‘tribute’ kepada Rimba Bara dan legasi filem-filem Rock.
Nantikan filem Rock 4: Rockers Never Dai, sentuhan magis Mamat Khalid yang terbaru yang akan menemui para penonton di 131 pawagam di Malaysia dan Brunei mulai 20 Februari 2020. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios - Film untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #rock4#rockersneverdai#rimbabara2 bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
AINZ & TULPE Introduces Hince in Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps