Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
Star Residences Cipta Kejayaan Diiktiraf Malaysia Book of Records dengan Seni Mural Mozek Terbesar

Siti Aminah Jalal
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Star Residences's biggest Mosaic Tiles Wall Mural Art |
Dengan anggaran nilai pembangunan berjumlah RM3 bilion, pemajuan Star Development seluas empat ekar (1.62ha) yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng di dalam zon komersil KLCC bandar raya Kuala Lumpur telah meraih beberapa anugerah antarabangsa seperti International Property Awards, London for Best Apartment Design, Best Mixed-Use Architecture Design dan Mixed-Use Development Concept dan Malaysia BrandLaureate Best Brand Award dalam kategori Signature Brand Property Luxury Condominium.
Kehadiran seni mural tersebut menyerlahkan lagi ciri-ciri sense of place pemajuan ini.
Dengan paras ketinggian mencecah bangunan tiga tingkat dan panjang keseluruhan 58.77m, dinding mural yang tersergam ini dibina di aras tertinggi ketiga-tiga menara yang merangkumi dua menara 57 tingkat Star Residences dan satu menara 58 tingkat Ascott Star KLCC Kuala Lumpur. Penghuni dan tetamu boleh melihat mural tersebut dari ketiga-tiga menara di samping menikmati pemandangan panorama bandar raya yang menakjubkan dari hartanah residensi tertinggi sekitar KLCC.
Pemaju Star Development, Alpine Return Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat gabungan dua pemaju hartanah terkemuka di Malaysia iaitu Symphony Life Bhd dan United Malayan Land Bhd (UM Land).
Hasil seni jubin kaca dalam gabungan warna platinum, emas, putih dan hitam tersebut mengimbau kembali kemewahan seni mural tamadun Rom dengan sentuhan kontemporari. Berinspirasikan alam semula jadi, legenda dan pemuliharaan alam sekitar, pembinaan abstrak tersebut telah diilhamkan dan dikonsepsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alpine Return Sdn Bhd, En. Alan Koh.
“Pendekatan konsep place-making memisahkan Star Residences dengan kediaman lain dan menjadikannya satu ikon aspirasi di sekitar kawasan KLCC. Kami menyahut cabaran untuk mereka sebuah naratif visual yang mampu mempamerkan ciri-ciri kemewahan, kemegahan dan kemilau Star Residences, maka itu warna emas dan platinum digunakan. Kami percaya bahawa seni mural jubin kaca mozek agung ini, yang terpanjang dan tertinggi pada ketinggian melebihi 250m ini adalah yang pertama di Malaysia, dan barangkali di rantau ini. Ia adalah satu pemberian buat penghuni dan tetamu kami dan juga para pengunjung ke Malaysia kerana ia boleh dilihat dari jarak jauh. Walaupun wabak Covid-19 telah menjejaskan bilangan pelancong ke Kuala Lumpur, pihak Star Development yakin keadaan akan bertambah baik,” ujar En. Alan Koh.
Proses menyiapkan mural mega ini mengambil masa tiga bulan, dan lanjutan dua bulan untuk pemasangan dengan tangan. Anggaran 6.7 juta mozek Mozetti Classic bersaiz 10mm x 10mm x 4mm telah digunakan untuk memberi nafas kepada mural tersebut dengan transisi warna terperinci untuk kemasan yang sempurna. Keseluruhan projek dianggarkan menelan belanja RM1.5 juta.
Di samping menempa nama Star Residences sebagai pemegang rekod, mural tersebut turut menandakan komitmen syarikat dalam mencari keseimbangan antara pemuliharaan dan pembangunan, selain memperluas aspek kontemporari dengan memanfaatkan seni zaman purba. Star Boulevard dan Star Walk of Fame iaitu lima blok unit enam tingkat yang menempatkan kedai-kedai, restoran dan hiburan di dalam Star Development kini kembali sibuk di samping pelaksanaan penjarakan sosial.
Majlis penyampaian anugerah tersebut dihadiri oleh En. Alan Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Alpine Return Sdn Bhd, En. Teo Lian Seng, Pengarah Projek Alpine Return Sdn Bhd, En. Billy Teoh, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Alpine Return Sdn Bhd, En. Jwan Yeow Hooi, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Malaysia Book of Records, dan En. Edwin Yeoh Tiong Chin, Pengurus Bahagian Operasi, Penyelidikan dan Pemasaran Malaysia Book of Records.
“Star Residences telah diiktiraf sebagai pemegang rekod mural dinding jubin mozek terbesar di Malaysia. Hasil seni yang megah ini adalah satu penambahan relevan terhadap latar langit KLCC dan tepat pada waktunya sebagai satu simbol harapan pemulihan ekonomi negara,” jelas En. Jwan Yeow Hoi.
Alpine Return Sdn Bhd team with the biggest mosaic tiles wall mural art |
Dengan paras ketinggian mencecah bangunan tiga tingkat dan panjang keseluruhan 58.77m, dinding mural yang tersergam ini dibina di aras tertinggi ketiga-tiga menara yang merangkumi dua menara 57 tingkat Star Residences dan satu menara 58 tingkat Ascott Star KLCC Kuala Lumpur. Penghuni dan tetamu boleh melihat mural tersebut dari ketiga-tiga menara di samping menikmati pemandangan panorama bandar raya yang menakjubkan dari hartanah residensi tertinggi sekitar KLCC.
Pemaju Star Development, Alpine Return Sdn Bhd, merupakan sebuah syarikat gabungan dua pemaju hartanah terkemuka di Malaysia iaitu Symphony Life Bhd dan United Malayan Land Bhd (UM Land).
Alan Koh, CEO of Alpine Return Sdn Bhd received the aware certificate from Jwan Heah Yeow Hooi, Director, Business Development of Malaysia Book of Records |
“Pendekatan konsep place-making memisahkan Star Residences dengan kediaman lain dan menjadikannya satu ikon aspirasi di sekitar kawasan KLCC. Kami menyahut cabaran untuk mereka sebuah naratif visual yang mampu mempamerkan ciri-ciri kemewahan, kemegahan dan kemilau Star Residences, maka itu warna emas dan platinum digunakan. Kami percaya bahawa seni mural jubin kaca mozek agung ini, yang terpanjang dan tertinggi pada ketinggian melebihi 250m ini adalah yang pertama di Malaysia, dan barangkali di rantau ini. Ia adalah satu pemberian buat penghuni dan tetamu kami dan juga para pengunjung ke Malaysia kerana ia boleh dilihat dari jarak jauh. Walaupun wabak Covid-19 telah menjejaskan bilangan pelancong ke Kuala Lumpur, pihak Star Development yakin keadaan akan bertambah baik,” ujar En. Alan Koh.
Proses menyiapkan mural mega ini mengambil masa tiga bulan, dan lanjutan dua bulan untuk pemasangan dengan tangan. Anggaran 6.7 juta mozek Mozetti Classic bersaiz 10mm x 10mm x 4mm telah digunakan untuk memberi nafas kepada mural tersebut dengan transisi warna terperinci untuk kemasan yang sempurna. Keseluruhan projek dianggarkan menelan belanja RM1.5 juta.
Di samping menempa nama Star Residences sebagai pemegang rekod, mural tersebut turut menandakan komitmen syarikat dalam mencari keseimbangan antara pemuliharaan dan pembangunan, selain memperluas aspek kontemporari dengan memanfaatkan seni zaman purba. Star Boulevard dan Star Walk of Fame iaitu lima blok unit enam tingkat yang menempatkan kedai-kedai, restoran dan hiburan di dalam Star Development kini kembali sibuk di samping pelaksanaan penjarakan sosial.
Majlis penyampaian anugerah tersebut dihadiri oleh En. Alan Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Alpine Return Sdn Bhd, En. Teo Lian Seng, Pengarah Projek Alpine Return Sdn Bhd, En. Billy Teoh, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Alpine Return Sdn Bhd, En. Jwan Yeow Hooi, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Malaysia Book of Records, dan En. Edwin Yeoh Tiong Chin, Pengurus Bahagian Operasi, Penyelidikan dan Pemasaran Malaysia Book of Records.
“Star Residences telah diiktiraf sebagai pemegang rekod mural dinding jubin mozek terbesar di Malaysia. Hasil seni yang megah ini adalah satu penambahan relevan terhadap latar langit KLCC dan tepat pada waktunya sebagai satu simbol harapan pemulihan ekonomi negara,” jelas En. Jwan Yeow Hoi.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps