Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
DuitNow
Technology
Ekosistem DuitNow QR Mengaktifkan Perniagaan Digital Bagi Perusahaan Kecil dengan Mudah

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara kini hanya perlu memaparkan DuitNow QR untuk menerima pembayaran daripada pelanggan bank dan penyedia perkhidmatan eDompet
Situasi di mana kaunter perniagaan yang dipenuhi dengan pelbagai paparan kod QR tidak akan kelihatan lagi dengan adanya standard QR Malaysia, DuitNow QR, di mana ianya diterimapakai oleh pihak bank dan eDompet sekaligus memberi kemudahan kepada pelanggan untuk melaksanakan bayaran secara meluas dan ianya percuma. Pada awal hari ini, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), penyedia infrastruktur pembayaran nasional yang membangunkan ekosistem DuitNow, dalam pengumumannya menyatakan perkhidmatan DuitNow QR akan memanfaatkan peniaga dan pelanggan dengan lebih berkesan.
“Sebagai usaha kami untuk mempromosikan pembayaran tanpa tunai dan menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, cekap dan juga tanpa sentuhan, perluasan ekosistem DuitNow QR merupakan suatu keutamaan di dalam agenda kami. Selepas pelancaran DuitNow QR pada tahun 2019, PayNet menerima penyertaan bank-bank dan penyedia perkhidmatan eDompet bagi membolehkan pelanggan-pelanggan mereka membuat pembayaran dengan menggunakan aplikasi mudah alih pilihan,” kata Encik Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.
"Pengunaan satu kod QR menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih baik bagi kedua-dua pihak peniaga dan pelanggan. Manfaat yang diterima oleh peniaga adalah penambahbaikan kecekapan di mana mereka hanya perlu berdaftar dengan satu institusi pengendalian (bank atau eDompet) untuk menerima semua pembayaran QR, disamping dapat mengelakkan proses pendaftaran yang berulangkali, memaparkan pelbagai kod QR di kaunter serta penyelarasan penyata QR yang berasingan. Satu kod QR juga memudahkan pelanggan mereka membuat pembayaran. Dengan penerimaan pembayaran QR yang semakin meningkat, kami menggalakkan peniaga agar menghubungi salah satu institusi pengendalian DuitNow QR (bank atau eDompet) untuk penyertaan yang pantas ,” tambah Encik Schiesser.
DuitNow QR – Satu Kod, Pelbagai Pilihan Pembayaran.
DuitNow QR diwujudkan selaras dengan Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM) dan PayNet dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan standard QR nasional yang saling boleh kendali di Malaysia.
Pengguna boleh membuat bayaran dengan mengimbas kod DuitNow QR menggunakan telefon pintar mereka di mana pembayaran akan dibuat secara terus dari bank atau akaun eDompet pengguna, ke akaun bank peniaga. Pembayaran diproses dengan serta-merta dan notifikasi segera juga akan dihantar kepada kedua-dua pihak. DuitNow QR tidak memerlukan kedua-dua pelanggan dan peniaga sebagai pelanggan bank atau eDompet yang sama. Bagi peniaga, pengurangan penggunaan kertas kerja bagi tujuan penyelarasan membolehkan mereka menigkatkan kecekapan serta menjimatkan masa.
DuitNow QR kini ditawarkan oleh 26 pengendali, dengan penyertaan 15 bank dan eDompet baru yang akan turut mengambil bahagian secara progresif dalam tempoh enam bulan yang akan datang.
Peniaga yang berminat boleh menonton video DuitNow QR di https://youtu.be/Le1cO3ZxIOg atau layari laman web rasmi DuitNow QR di https://www.duitnow.my/DuitNow-QR/index.html untuk maklumat lanjut.
Situasi di mana kaunter perniagaan yang dipenuhi dengan pelbagai paparan kod QR tidak akan kelihatan lagi dengan adanya standard QR Malaysia, DuitNow QR, di mana ianya diterimapakai oleh pihak bank dan eDompet sekaligus memberi kemudahan kepada pelanggan untuk melaksanakan bayaran secara meluas dan ianya percuma. Pada awal hari ini, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), penyedia infrastruktur pembayaran nasional yang membangunkan ekosistem DuitNow, dalam pengumumannya menyatakan perkhidmatan DuitNow QR akan memanfaatkan peniaga dan pelanggan dengan lebih berkesan.
Peter Schiesser |
"Pengunaan satu kod QR menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih baik bagi kedua-dua pihak peniaga dan pelanggan. Manfaat yang diterima oleh peniaga adalah penambahbaikan kecekapan di mana mereka hanya perlu berdaftar dengan satu institusi pengendalian (bank atau eDompet) untuk menerima semua pembayaran QR, disamping dapat mengelakkan proses pendaftaran yang berulangkali, memaparkan pelbagai kod QR di kaunter serta penyelarasan penyata QR yang berasingan. Satu kod QR juga memudahkan pelanggan mereka membuat pembayaran. Dengan penerimaan pembayaran QR yang semakin meningkat, kami menggalakkan peniaga agar menghubungi salah satu institusi pengendalian DuitNow QR (bank atau eDompet) untuk penyertaan yang pantas ,” tambah Encik Schiesser.
DuitNow QR – Satu Kod, Pelbagai Pilihan Pembayaran.
DuitNow QR diwujudkan selaras dengan Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM) dan PayNet dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan standard QR nasional yang saling boleh kendali di Malaysia.
Pengguna boleh membuat bayaran dengan mengimbas kod DuitNow QR menggunakan telefon pintar mereka di mana pembayaran akan dibuat secara terus dari bank atau akaun eDompet pengguna, ke akaun bank peniaga. Pembayaran diproses dengan serta-merta dan notifikasi segera juga akan dihantar kepada kedua-dua pihak. DuitNow QR tidak memerlukan kedua-dua pelanggan dan peniaga sebagai pelanggan bank atau eDompet yang sama. Bagi peniaga, pengurangan penggunaan kertas kerja bagi tujuan penyelarasan membolehkan mereka menigkatkan kecekapan serta menjimatkan masa.
DuitNow QR kini ditawarkan oleh 26 pengendali, dengan penyertaan 15 bank dan eDompet baru yang akan turut mengambil bahagian secara progresif dalam tempoh enam bulan yang akan datang.
Peniaga yang berminat boleh menonton video DuitNow QR di https://youtu.be/Le1cO3ZxIOg atau layari laman web rasmi DuitNow QR di https://www.duitnow.my/DuitNow-QR/index.html untuk maklumat lanjut.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps