Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Menyediakan platform kepada usahawan untuk mendapatkan ilmu, latihan & bimbingan untuk membina bisnes yang berjaya
Richworks International Sdn Bhd telah membuka tirai Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021, sebuah platform perintis bagi menyediakan usahawan dengan ilmu, latihan dan bimbingan untuk bangkit mengatasi impak Covid-19 dan pada masa yang sama membina bisnes yang berjaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seminar Bina Bisnes Berjaya akan berlangsung setiap hujung minggu pada hari Sabtu sepanjang bulan Februari hingga Mac 2021 selama 1-hari bermula 6 Februari 2021, dari jam 9 pagi hingga 10 malam secara maya melalui aplikasi Zoom tanpa bayaran.
Menurut Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan, Richworks International Sdn Bhd, “Matlamat utama kami adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan daya kemampuan perniagaan. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu mendorong ekonomi dan memastikan pembangunan sosioekonomi inklusif dan bermakna. Maka, kerana itulah tema Seminar Bina Bisnes Berjaya ini berpaksikan pada kebangkitan perniagaan pasca Covid-19.”
Melihat kepada pencapaian RichWorks pada tahun 2020, kami telah berjaya bantu lebih 400,000 peserta melalui pelbagai program yang dianjurkan. Musim PKP bukanlah penghalang untuk RichWorks terus membimbing usahawan-usahawan dan peniaga di luar sana. Tahun 2021, negara digemparkan dengan PKP 2.0 apabila kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat setiap hari. Memahami impak ini kepada usahawan dan peniaga di luar sana, RichWorks sekali lagi melancarkan program untuk membantu rakyat Malaysia dengan pelancaran Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021.
Pada kali pertama seminar ini dilangsungkan (30 Jan – 1 Feb 2021), RichWorks mendapat sambutan hampir 46,000 pendaftaran dalam tempoh satu minggu dari tarikh pelancaran. Melihat dari statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) lebih 800,000 orang hilang punca pendapatan pada tahun 2020. Oleh itu, RichWorks kini mensasarkan untuk membantu lebih 1 juta rakyat Malaysia yang ingin belajar dan mendalami ilmu perniagaan pada tahun ini.
Rata-rata peserta yang menyertai seminar Bina Bisnes Berjaya memberi maklumbalas positif tentang keberkesanan program ini di laman sosial peribadi mereka. Mereka dapat merasai sendiri aura berada bersama komuniti usahawan disamping mendapat ilmu serta tips berguna yang dikongsikan sendiri oleh MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman dan anak didik beliau yang telah berjaya hasil bimbingan RichWorks membimbing ramai daripada mereka dari kosong hingga menjadi jutawan. Ini merupakan satu pengalaman yang bernilai bagi peserta BBB dan mereka sangat bersyukur dipertemukan dengan MenThor Datuk Wira yang memiliki lebih 18 tahun pengalaman dalam bisnes dan pemasaran dan RichWorks sebagai penganjur program dan platform pembelajaran telah menyedarkan mereka untuk bangkit berniaga dengan ilmu yang betul.
Pada minggu ini, RichWorks mensasarkan lebih 35,000 peserta bakal mendaftar untuk menyertai Bina Bisnes Berjaya. Semoga niat dan usaha untuk bantu lebih ramai rakyat Malaysia ini dapat memberikan manfaat serta membawa peningkatan hidup yang lebih baik terutamanya buat para peserta, peniaga dan usahawan yang tengah stuck dalam perniagaan kerana bisnes tak jalan. Bagi mereka yang memilih untuk mulakan perniagaan, atau yang dah berniaga tapi bisnes masih stuck, Seminar Bina Bisnes Berjaya adalah permulaan terbaik untuk anda.
Seminar Bina Bisnes Berjaya akan menampilkan TITANS, gelaran untuk usahawan-usahawan seperti jenama Sabella dan Mamasab Bakery yang telah berjaya dengan latihan dan bimbingan daripada RichWorks, dari segenap rantau ini; Indonesia, Brunei, Singapura dan personaliti perniagaan tempatan. Mereka bakal berkongsi pengalaman dan perjalanan peribadi dan profesional mereka dalam membina bisnes berjaya kepada peserta yang akan hadir ke seminar ini. Daftar sekarang untuk belajar ilmu Bina Bisnes Berjaya dalam seminar 100% Percuma pada 13 Februari 2021 di www.binabisnesberjaya.com.
TESTIMONI PESERTA YANG TELAH BINA BISNES BERJAYA
“Kesukaran hidup sebelum ini sehingga tidak mampu membeli susu anak telah menjadi Big Why kenapa kami ingin berubah. Selepas menyertai Program Mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman, kehidupan kami mula berubah daripada sebuah mesin jahit sehingga memiliki warehouse sendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kejayaan Sabella ini diperoleh daripada hasil didikan dan bimbingan MenThor yang tanpa henti ingin membantu dan mengubah hidup ramai masyarakat di luar sana.”
MOHD SUFIAN SULAIMAN
SITI FATIMAH ABD SAMAT
Pengasas
Sabella Holding Sdn Bhd
Sabella
“Perkara paling magik sekali dalam hidup saya adalah bila saya berjumpa dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Kalau dulu kita tak tahu pun marketing ni kena buat macam mana dengan cara apa. Kita just post gambar kek dan buat copywriting. Bila dalam program bimbingan RichWorks dan Titanium, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ajar, sebenarnya bila you nak post gambar kat media social, yang paling penting kena tahu sasarannya siapa. Dalam Program Mentoring ini juga, anda lebih jelas tentang siapa sasaran dan pelanggan anda, dan ini akan menjimatkan masa dan tenaga. Datuk Wira ajar saya The Power To Attract people sebab bila kita berbisnes, kita berurusan dengan orang – pelanggan, ejen, stokis. Datuk Wira memberi kita ILMU dan formula yang terbukti berkesan untuk membantu kita membina bisnes berjaya.”
SITI NOOR SABRINA SOBRI
Pengasas
Sabrina Bakery Sdn Bhd
Mamasab Bakery

You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps