Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Antabax menggesa rakyat untuk kembali beraksi
Tidak disangka bahawa pandemik COVID-19 adalah suatu yang baharu dan amat mencabar bagi rakyat Malaysia. Penguatkuasaan langkah-langkah sekatan pergerakan juga menyebabkan perniagaan terpaksa digulung dan individu kehilangan pekerjaan.
Di peringkat global, barisan pertahanan pertama bagi penyakit berjangkit adalah untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik dengan kerap mencuci dan menyahkuman tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
Sehubungan itu, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, memperkenalkan kempen “I am Back In Action” (“Saya Kembali Beraksi”) atau singkatannya #imBAXinAction yang bertujuan untuk menghimpunkan rakyat untuk bersatu-padu dengan lebih kukuh dalam era norma baharu.
“Sebelum pandemik ini lagi, Antabax secara aktif telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan institusi-institusi pendidikan swasta dalam mendidik masyarakat umum tentang kepentingan kebersihan tangan menerusi penganjuran pelbagai kempen. Ini termasuk “Tangan Bersih, Hidup Sihat”, yang mana kami amat berbangga kerana berpeluang mendidik lebih dua juta rakyat Malaysia cara yang betul untuk membersihkan tangan mereka. Apabila COVID-19 menjadi pandemik, kebersihan tangan menjadi lebih penting. Kami telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap produk-produk pembersihan dan pensantiasi tangan dalam tempoh setahun setengah lalu,” kata Fiona Huang, Pengurus Kanan Produk Antabax.
Kempen #imBAXinAction akan melibatkan beberapa siri pengaktifan untuk memberikan keyakinan dan perlindungan kepada rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan harian mereka di dalam norma baharu ini, dan juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (“SOP”) yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Kempen berkenaan akan menampilkan penyanyi rap berhijab tempatan, Noor Ayu Fatini, atau lebih dikenali sebagai Bunga. Menerusi muzik dan seni, beliau akan mendidik masyarakat umum tentang kepentingan mengamalkan SOP.
Sebagai sebahagian daripada usaha jenama ini dalam melindungi negara, #imBAXinAction akan menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, satu program imunisasi yang terbesar dalam sejarah negara, menerusi pengagihan Penyembur Pensanitasi Tangan Antabax (Antabax Hand Sanitizer Spray) kepada individu-individu yang telah mendapatkan suntikan vaksin. Jenama ini akan bekerjasama dengan peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terkemuka, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ” atau “Kumpulan KPJ”) dalam menyokong inisiatif ini.
Pengagihan sumbangan melibatkan empat (4) hospital pakar Kumpulan KPJ iaitu KPJ Tawakkal KL, KPJ Selangor, KPJ Ampang Puteri dan KPJ Damansara mulai 23 Jun 2021. Selain itu, semburan pensanitasi tangan juga akan disediakan di Sunway Putra Mall bagi orang ramai yang mendapatkan vaksin di Pusat Dagangan Dunia (“WTC”) Kuala Lumpur.
“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan kempen ini, dalam penyumbangan kepada negara. Menerusi sumbangan produk-produk Antabax ini, kami berhasrat untuk menolong jutaan rakyat Malaysia yang sedang melalui masa yang mencabar ini,” tambah Fiona.
Menyentuh mengenai kerjasama berkenaan, Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare, Puan Ariesza Noor berkata, “Kita sekarang sedang bergerak pantas dalam menyokong usaha Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia, khususnya menerusi ujian saringan dan pemvaksinan COVID-19. Kerjasama kami dengan Antabax bersesuaian dengan inisitiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kumpulan KPJ. Kami mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berada di hospital-hospital kami, serta mengambil bahagian di PPV Mega yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KL Convex. Kami amat positif dengan kerjasama dengan Antabax dan komited dalam mencapai matlamat sama iaitu melindungi kesihatan rakyat Malaysia.”
Sebagai tambahan kepada sokongan terhadap inisiatif pemvaksinan, Antabax juga menganjurkan pelbagai peraduan menerusi laman sosial dan memberikan ganjaran berupa baucar Shopee sepanjang tempoh kempen. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada #imBAXinAction dan ketahui lebih lanjut berkenaan kempen-kempen serta inisiatif terbaharu dengan mengunjungi laman Facebook atau Instagram rasmi Antabax.
#imBAXinAction - Panduan untuk Melindungi Diri Anda:

- Kerap mencuci tangan – guna sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat atau cecair pensanitasi tangan
- Pakai pelitup muka– yang berpadanan dengan muka, menutup hidung, mulut dan dagu. Pastikan bahagian berwarna pada pelitup muka berada di bahagian luar.
- Dapatkan suntikan vaksin – untuk mengurangkan risiko jangkitan
- Mengamalkan penjarakan fizikal – pastikan anda berada sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps