Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Apa itu Makanan Sunnah?
Islam bukan sahaja agama, tetapi juga merupakan cara hidup bagi panduan umat Islam. Amalan dan cara pemakanan dalam Islam dikenali sebagai sunnah. Makanan sunnah disebut di dalam Al-Quran, mengikut cara pemakanan dan etika pemakanan Nabi Muhammad SAW.
Pemakanan mengikut sunnah ialah bagi memastikan kesihatan umat Islam terjaga dengan baik- iaitu secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sunnah mendorong umat Islam untuk makan dan minum agar menjadi sihat, dan bukan hanya untuk rasa kenyang atau untuk kepuasan semata. Dengan mengikut pemakanan sunnah, umat Islam dapat menjaga kesihatan dengan baik, sekaligus dapat menyembah Allah SWT.
Apakah Ciri-Ciri Makanan Sunnah?
Makanan sunnah mengandungi khasiat serta serat yang tinggi.
Makanan yang dirujuk secara Positif di dalam Al-Quran dan Hadis
Kurma, anggur, susu, zaitun (termasuk minyak zaitun) dan madu ialah antara makanan yang kerap dikaitkan dengan sunnah, dan sering disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Antara makanan sunnah yang lain termasuklah labu, cuka, timun, cendawan, tembikai, daging, dan biji jintan jitam (Habbatussauda).
Barli, satu-satunya Bijirin Sunnah
Bijirin kegemaran Nabi Muhammad SAW ialah barli. Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk barli (satto) dan juga sebagai minuman.
Walaupun beras dan tepung gandum yang diperbuat daripada gandum merupakan antara bijian pilihan di Malaysia, tetapi barli merupakan alternatif yang lebih sihat.
Secara tempatan, kebanyakan barli diambil di dalam bentuk air, iaitu air barli; walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara lain untuk menggunakan barli di dalam pemakanan harian anda untuk kesihatan dan nilai pemakanannya.
Roti yang biasa dimakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan roti yang tidak beragi dan mungkin bukan seperti roti yang kebiasaannya dijamu masyarakat kini. Roti barli buatan sendiri atau yang didapati di kedai-kedai mempunyai manfaat pemakanan yang sama, malah merupakan lebih sihat daripada roti putih biasa.
Manfaat pemakanan Barli
Menurut para hadis, barli adalah sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa barli mempunyai nilai pemakanan yang tinggi apabila diambil kesemuanya. Barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Barli mutiara yang telah digilap adalah kurang berkhasiat oleh kerana lapisan dedaknya yang telah hilang.
Barli mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa kekacang yang membuatkannya serba boleh dan enak. Saya ingin berkongsikan lapan faktor sains berkaitan nutrisi barli yang menjadikannya bijirin sunnah Nabi Muhammad SAW, serta tiga resepi berkhasiat menggunakan barli yang boleh anda cuba di rumah.
Barli Kaya dengan Serat
Apabila diambil sebagai gandum penuh, barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia juga mempunya nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.
Barli dapat Membantu dalam Proses Penurunan Berat Badan
Barli mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan rasa lapar dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat larut yang juga dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu di mana beta-glukan ini membentukkan bahan seperti gel dalam usus anda berfungsi untuk memperlahankan proses penghadaman dan juga penyerapan nutrient oleh itu mengawal selera anda dan mempercepatkan rasa kenyang. Serat larut juga dapat mensasarkan lemak perut yang boleh berkait dengan masalah penyakit metabolic.
Barli bantu dalam memperbaiki kesihatan usus dan penghadaman
Nilai serat yang tinggi di dalam barli dalam membantu makanan bergerak di dalam usus dan meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam usus yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghadaman. Nilai serat yang tinggi sekali lagi merupakan punca, khususnya serat yang tidak larut. Penambahannya didalam najis bantu mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko mengalami sembelit. Serat larut di dalam Barli bantu menyediakan makanan kepada bakteria baik dia dalam usus, oleh itu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian menunjukkan bahawa SCFA bantu memberikan makanan kepada sel usus, mengurangkan keradangan dan mebaiki gejala-gejala masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyaking Crohn, dan juga kolitis ulseratif
Dapat mencegah Batu Karang Hempedu dan mengurangkan risiko pembedahan hempedu.
Jenis serat yang didapati di dalam barli dapat mencegah pembentukan batu karang dan mengurangkan risiko pembedahan. Batu karang merupakan zarah pepejal yang boleh terbentuk secara spontan di pundi hempedu, sebuah organ kecil yang terletak di bahagian hati.
Beta-glukan dapat bantu mengurangkan tahap kolesterol
Beta-glukan, sejenis serat yang dijumpai didalam barli didapati dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan cara menghalang pembentukannya dan meningkatkan perkumuhan melalui tinja. Beta-glukan yang terdapat di barli terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL "jahat" dengan mengikat asid hempedu.
Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Menambahkan barli kedalam pemakanan anda mungkin dapat mengurangkan risiko masalah penyakit jantung seperti darah tinggi dan juga juga kolesterol jahal.
Magnesium dan Serat Larut dapat melindungi dir daripada penyakit Diabetes.
Gandum penuh di dalam barli mungkin dapat memperbaiki pembentukan insulin dan meningkatkan pengeluaran insulin dan mengurangkan kadar gula di dalam darah, di mana kedua-duanya dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit type 2 diabetes. Ini juga oleh sebab kekayaan kandungan magnesium di dalam barli – sejenis mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan insulin dan penggunaan gula di dalam badan anda. Barli juga kaya dengan serat larut, di mana ia mengikat dengan air berama molekul-molekul lain ketika bergerak melalui saluran penghadaman anda, memprelahankan penyerapan gula di dalam saluran darah anda. Kajian menunjukkan bahawa sarapan barli memberikan kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimum yang lebih rendah berbanding sarapan yang terdiri daripada bijirin-bijirn lain, seperti oat.
Barli serba boleh dan mudah untuk ditambahkan di dalam pemakanan anda.
Disunting dari : https://nutritiondata.self.com/facts/cereal-grains-and-pasta/5678/2
Barli adalah berpatutan dan mudah dimasukkan kedalam pemakanan anda. Contohnya anda boleh makan barli rebus selain daripada nasi, dimasukkan ke dalam sup, rebusan, salad, roti atau dimakan sebagai sarapan bijirin yang panas. Ataupun anda juga boleh membuat atau membeli roti yang mengandungi barli.
Maklumat Nutrisi Barli
Satu setengah cawan (100 gram) barli belum dimasak dan belum dilapisi mengandungi nutrisi yang berikut:
Rujukan Hadis
Artikel oleh
Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)

- Kalori: 354
- Karbohidrat: 73.5 gra
- Serat: 17.3 gram
- Protein: 12.5 gram
- Lemak: 2.3 gram
- Tiamin: 43% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RPH)
- Riboflavin: 17% daripada RPH
- Niasin: 23% daripada RPH
- Vitamin B6: 16% daripada RPH
- Folat: 5% daripada RPH
- Zat Besi: 20% daripada RPH
- Magnesium: 33% daripada RPH
- Fosforus: 26% daripada RPH
- Potasium: 13% daripada RPH
- Zinc: 18% daripada RPH
- Copper: 25% daripada RPH
- Mangan: 97% daripada RPH
- Selenium: 54% daripada RPH
Rujukan Hadis
- Dari Yousuf bin Abdullah menyatakan “aku terlihat Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian roti barli dan meletakkan kurma di atasnya dan menyatakan bahawasanya ianya adalah sayur kepada roti tersebut (salan). (Abu Dawood)
- Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri: Di dalam tempoh kehidupan Rasulullah, kami pernah memberikan satu Sa’ (diaanggarkan 3 Kilogram) sebagai sedekah fitrah (kepada fakir miskin). Makanan kami berasaskan barli, kismis (anggur kering), keju kotej ataupun kurma. (Jilid #25, Hadith #586 Bukhari)
- Rasulullah mencadangkan barli sebagai sumber khasiat yang menyembuhkan penyakit dan lelah.
- Ummul Manzar menyatakan bahawasanya Nabi Muhammad SAW Bersama Ali telah datang kerumah mereka, beliau mempunyai kurma dan menghidangkan kepada mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya makan kurma tersebut. Ketika Ali (R.A.) memakan sebahagian dari kurma tersebut, Nabi (SAW) menyatakan, “Kamu baru sahaja sembuh dari penyakit, oleh itu disebabkan kamu Lelah, berhenti makan. Kemudiannya Wanita tersebut menghidangkan makanan dari Barli dan Ubi. Kemudian Nabi bersabda kepada Ali, “makanlah dari hidangan itu, sessungghuhnya ia baik untuk dirimu.” (Bukhari, Muslim)
- Anas bin Malik menyatakan bahawasanya seorang tukang jahit pernah menjemput Nabi (SAW) untuk menikmati hidangan. Dia menyediakan roti barli dan daging bersama labu. Nabi (SAW) dengan gembiranya memakan buah labu dari hidangan kari tersebut. (Bukhari, Muslim)
- Serbuk Barli (Sattoo/sattu) amat digemari oleh Nabi (SAW). Ketika kejayaan Perang Khaibar, Nabi bersetuju untuk mengahwini Safia, keesokkan harinya baginda telah mengarahkan Anas bin Malik untuk menjemput tetamu pada Dawat-e-Walima keatas Safia. Berdasarkan Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, walima tersebut terdiri daripada kurma dan sattoo, tetapi berdasarkan Bukhari satu hidangan roti disediakan dari kurma, barli dan sattoo dihidangkan kepada tetamu.
- Dalam Nisai, Abu Dawood, Bukhari, Ibnu Majah, Tirmizi dan Ahmed bin Hambal, terdapat 21 hadis mencadangkan pemakanan Sattoo. Selain hadis ini, terdapat huraian hadis berkenaan Sattoo di dalam hadis berlainan.
- Air barli amat berkhasiat sebagai penawar masalah buah pinggang, melegakan dahaga dan memberikan khasiat terbaik manusia yang sakit dan lelah. Penyediaan air Barli dihuraikan oleh Ibnu al- Qayyim. Berdasarkan beliau, barli hendaklah dimasak bersama dengan lima kali air, sehingga kandungannya mengandungi 3/4 dan warna campuran tersebut seakan warna susu.
- Nabi Muhammad (SAW) mencadangkan Talbina atau bubur barli untuk menyembuhkan penyakit dan kemurungan hati. Diperbuat daripada barli, madu dan susu beliau bersabda “ianya dapat menghilangkan kemurungan dari hati pesakit, menghilangkan kemarahan daripadanya seperti mana kamu menghilangkan kotoran dari wajahmu”. (Ibn Maja)
- Aisha (R.A.) pernah meminta hidangan Talbina kepada pesakit dan pernah menyatakan “walaupun pesakit tidak menyukainya, tetapi ianya amat berkhasiat kepada mereka”. (Bukhari)
- Aisha (R.A) meriwayatkan bahawasanya jika terdapat saudaranya yang meninggal, para Wanita akan berhimpun dan kemudian beredar (pulang ke rumah mereka) kecuali saudaranya dan saudara rapatnya. Dia akan meminta hidangan satu periuk Talbina untuk dimasak. Kemudian Tharid (hidangan daripada daging dan roti) untuk disediakan dan Talbina akan dituangkan keatas hidangan tersebut. Aishah kemudian mengatakan makanlah ia, sessungguhnya rasulullah bersabda “ Talbina melembutkan hati pesakit dan melegakan mereka dari kesedihan”. (Sahih Al Bukhari Volume 7, Book 65, Number 328)
Artikel oleh
Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)
Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri
Resipi Barli
Menu: Talbinah
Saiz Hidangan : 1
Bahan-Bahan
Cara Memasak
Nota: Tepung barli yang disarankan adalah tepung yang diperbuat daripada barli yang masih belum dikisar atau diproses.
Saiz Hidangan : 1
Bahan-Bahan
- 2 sudu makan tepung barli
- 1 ½ cawan susu (boleh guna susu rendah lemak)
- 1 sudu makan madu
Cara Memasak
- Masukkan tepung barli ke dalam periuk
- Tambahkan 1 ½ cawan susu
- Masak dengan api sederhana selama 10 – 15 minit
- Apabila telah masak, masukkan 1 sudu makan madu sebagai perasa manisan dan hidangkan.
Nota: Tepung barli yang disarankan adalah tepung yang diperbuat daripada barli yang masih belum dikisar atau diproses.
Menu: Salad barli Itali
Saiz hidangan : 2
Bahan- bahan
Bahan A
Bahan B
Cara Memasak
- 200g barli Mutiara – direbus
- 200g buah zaitun – dibelah 2
- 200g tomato – dipotong dadu
- 1 biji bawang holland – dipotong dadu
- 1 genggam daun parsley – dicincang
Bahan B
- 2 sudu makan jus lemon
- ½ sudu teh mustard
- 50ml minyak zaitun
Cara Memasak
- Campurkan semua bahan A ke dalam satu mangkuk dan gaulkan
- Campurkan semua bahan B ke dalam satu bekas yang berasingan dan gaul.
- Campurkan adunan bahan B ke dalam bekas bahan A dan gaul kesemuanya sehingga sebati.
Nota: sebelum barli direbus, digalakkan untuk merendam barli selama 3 jam untuk memudahkan dan mempercepatkan proses merebus barli.
Menu : Roti Barli
Saiz hidangan : 3-5
Bahan-bahan
Bahan A
- 250 g tepung roti
- 50 g tepung barli
- 25 g gula
- 5 g garam
- 2 g bread improver (penaik roti)
- 4 g yis
Bahan B
Cara Memasak:
- 150ml air suam
- 30ml minyak jagung
Cara Memasak:
- Campur dan ayakkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk
- Masukkan 150ml air suam ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul rata.
- Tambahkan 30ml minyak jagung dan uli sehingga membentuk doh yang lembut.
- Setelah doh lembut, biarkan doh dan tutup dengan kain lembab selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.
- Setelah doh naik sekali ganda, ratakan doh dan gulung dengan kemas. Masukkan ke dalam bekas pembakar roti dan biarkan doh naik sekali lagi selama satu jam. Sapu permukaan atas doh dengan telur dan bakar pada suhu 160ĀŗC selama 40-45minit.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps