Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
Consumer Forum Malaysia
Technology
Kerajaan Cakna Keluhan Pengguna, 5G Berkualiti Untuk Penggunaan Mampan Pakej Keluarga Malaysia
Home
Consumer Forum Malaysia
Technology
Kerajaan Cakna Keluhan Pengguna, 5G Berkualiti Untuk Penggunaan Mampan Pakej Keluarga Malaysia
Siti Aminah Jalal
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Susulan laporan media baru – baru ini mengenai kekeliruan pengguna dengan kepelbagaian Pakej Keluarga Malaysia, pihak kerajaan telah bertindak pantas untuk lebih memperincikan pakej ini dan segera mendapatkan maklum balas dari pengguna. Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) merakamkan ribuan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana telah membuktikan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk menambahbaik pakej sedia ada ataupun pakej yang akan diadakan di masa hadapan bagi menepati kehendak pengguna di Malaysia.
CFM juga berharap agar pembentukan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan penubuhan Digital Nasional Berhad dapat mempercepatkan lagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia. Ini adalah perlu bagi merealisasikan potensi 5G dengan membantu untuk meluaskan dan meningkatkan kualiti rangkaian di Malaysia termasuk di kawasan pendalaman. Pakej Keluarga Malaysia secara tidak langsung akan dapat memberi lebih manfaat kepada pengguna apabila perluasan dan peningkatan kualiti rangkaian di Malaysia dapat direalisasikan secepat mungkin.

Encik Mohamad Yusrizal Dato' Hj. Yusoff |
“Usaha kerajaan dalam memastikan Pakej Keluarga Malaysia dapat diguna pakai dengan baik adalah bukti kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pengguna. Pendekatan yang amat baik ini diharapkan boleh digunakan untuk inisiatif yang lain bagi menteraskan kepentingan pengguna.” kata Naib Pengerusi CFM, Encik Mohamad Yusrizal Dato' Hj. Yusoff.
Setiap inisiatif kerajaan perlulah memberi manfaat buat semua pengguna agar kejayaan dalam menaiktaraf rangkaian ke 5G dapat memajukan Malaysia di persada dunia. Encik Mohamad Yusrizal seterusnya berkata, “Saya mewakili suara pengguna komunikasi dan multimedia berharap agar Pakej Keluarga Malaysia dapat bergerak seiring dengan inisiatif MyDigital bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna. Sebagai pengguna, kami berhak memilih perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan dengan harga yang berpatutan terutamanya di perkampungan kecil di Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, penaiktarafan infrastruktur harus dititikberatkan supaya pengguna yang menetap di bangunan aras tinggi dapat menikmati pilihan yang sama.”
Setiap aduan masalah rangkaian yang diadukan di portal JENDELA adalah bukti komitmen pengguna sebagai penanda aras untuk memampankan lagi inisiatif kerajaan ini. Oleh itu bagi memeriksa rangkaian di kawasan anda ataupun untuk mengadu sebarang aduan mengenai masalah rangkaian pengguna, layari laman web JENDELA di www.jendela.my. Pengguna juga dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat lengkap dari penyedia perkhidmatan sebelum melanggani mana – mana pakej yang disediakan.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps
AINZ & TULPE Introduces Hince in Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps