Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Home
Consumer Forum Malaysia
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia
Lifestyle
Pengguna Keliru, Pakej Keluarga Malaysia Perlu Diselaraskan Segera

Siti Aminah Jalal
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat kerana mewujudkan Pakej Keluarga Malaysia yang mana ianya adalah satu inisiatif yang amat baik untuk membantu meringankan beban pengguna komunikasi dan multimedia secara tersasar dalam mengharungi kehidupan digital yang akan berterusan akibat Pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan pelbagai pakej – pakej lain yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. CFM sebagai sebuah forum yang bertanggungjawab untuk mengutamakan hak pengguna ingin menyarankan kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat agar dapat menyeragamkan setiap Pakej Keluarga Malaysia supaya pakej – pakej ini dapat dinikmati dengan mudah oleh rakyat Malaysia tanpa membebankan mereka di masa hadapan.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu segenap golongan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa, pelbagai pakej diwujudkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia. Antaranya adalah :
Pakej Peranti Keluarga Malaysia yang dapat membantu keluarga mendapatkan peranti yang bersesuaian dengan perbelanjaan seisi keluarga;
Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang akan membantu pembelajaran atas talian kepada semua remaja dengan data Internet yang diberikan oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat dan;
Pakej Perantisiswa Keluarga Malaysia yang akan membekalkan tablet untuk siswa B40 dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan terpilih menjelang suku kedua 2022 yang akan membantu melancarkan aktiviti pembelajaran siswa.
Pada pandangan CFM, pakej – pakej ini adalah amat bertepatan dengan kehendak pengguna pada masa kini. Namun, antara kekeliruan yang timbul di pihak pengguna adalah, sebagai contoh, kewujudan pakej yang memberikan tawaran yang sama tetapi dengan nama yang berbeza dan ini perlulah diselesaikan segera. Begitu juga dengan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, setiap penyedia perkhidmatan dilihat memberikan tawaran yang sedikit berbeza antara satu sama lain seperti penawaran aplikasi permainan yang tidak terdapat di pakej penyedia perkhidmatan yang lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mengambil pakej yang ditawarkan agar ianya dapat meringankan beban mereka, CFM menyarankan agar tawaran ini dapat diseragamkan seperti mengeluarkan kriteria yang sama bagi setiap pakej untuk memudahkan pengguna memahami pakej – pakej yang ditawarkan dengan lebih mudah.
“Pakej Keluarga Malaysia haruslah diseragamkan bagi memudahkan pengguna dalam memilih dan seharusnya tidak mengelirukan pengguna dalam memilih pakej – pakej inisiatif kerajaan berdasarkan tawaran penyedia perkhidmatan. Penyedia perkhidmatan juga seharusnya memastikan pengguna memahami terma dan syarat agar ianya tidak membebankan pengguna terutamanya pengguna B40 dengan memaklumkan jika ada sebarang caj pelanggaran kontrak atau caj – caj tersembunyi yang bakal pengguna terima.” Kata Timbalan Pengerusi CFM, Encik Mohamad Yusrizal Dato' Hj. Yusoff.

Encik Mohamad Yusrizal Dato' Hj. Yusoff |
CFM berpendapat bahawa pengguna seharusnya dapat menggunakan pakej – pakej dari inisiatif kerajaan tanpa sebarang syarat tersembunyi serta maklumat penting yang perlu difahami oleh setiap pelanggan kerana tujuan utama pakej ini diwujudkan adalah untuk membantu rakyat Malaysia. Kepada pengguna komunikasi dan multimedia, CFM menyarankan untuk memeriksa setiap tawaran bagi setiap pakej dan memahami semua terma & syarat serta memilih tawaran pakej yang sesuai dengan penggunaan anda.
Bagi memeriksa setiap tawaran oleh penyedia perkhidmatan yang merupakan satu inisiatif CFM dalam membantu pengguna komunikasi dan multimedia, pengguna juga boleh layari portal consumerinfo di https://bit.ly/pakejkeluargamalaysia
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps
AINZ & TULPE Introduces Hince in Malaysia
- Get link
- X
- Other Apps