Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Brandon Chua
- Get link
- X
- Other Apps
Reading Time
Labels
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menonton filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di The Gardens Mall pada malam Selasa lalu.
Turut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan barisan produksi filem berkenaan.
Barisan produksi filem amat berbesar hati dan menjunjung kasih di atas sudi perkenan Seri Paduka Baginda berangkat menonton filem buatan Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara yang akan datang ini.
“Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke tayangan eksklusif ini amat bermakna bagi mengiktiraf dan menyokong usaha kolaborasi ATM, TUDM dan penggiat seni tempatan dalam menghasilkan karya yang mengangkat nama ATM di pentas dunia ini.”
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Multimedia Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Datuk Steven Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan, Pengarah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Frank See dan Ketua Pegawai Eksekutif SixFun Media KC Hoe.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem fiksyen aksi ketenteraan Malaysia ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi untuk menyelamatkan mereka.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon-pelakon terkenal Dato Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo. Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ditayangkan di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 25 Ogos 2022.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps
Malaysia Launches the Lancet Countdown 2024 Report: A Call to Action on Climate Change, Food Security, and Health
- Get link
- X
- Other Apps
HONOR Launches New Tablets, HONOR Pad X8a Available in LTE and Kids Edition Starting at RM699
- Get link
- X
- Other Apps