Search Blog
Hit enter to search or ESC to close
Trending Now
AirAsia wins Platinum in travel category at Putra Brands Awards
- Get link
- X
- Other Apps
Touch ‘n Go Wins Super Aspiring Brand Award in the Lifestyle Category at the Shopee Super Awards 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Samsung Galaxy S23 Ultra 5G: The Best Smartphone To Buy
- Get link
- X
- Other Apps
Cadbury bersama agensi kreatifnya, Ogilvy telah menerbitkan kempen sempena Merdeka bergelar “Merdeka Unseen”. Kempen ini dilancarkan sebagai penghormatan kepada asas penubuhan Malaysia, di samping bagi merberi peluang kepada penonton untuk menghayati suatu detik sejarah yang penuh sentimental.
Walaupun ia adalah satu detik penting, Merdeka atau Hari Kebangsaan Malaysia, sejak kebelakangan ini dilihat sebagai hanyalah sekadar cuti umum, terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia. Tahun ini, Cadbury dan Ogilvy berganding bahu untuk mencipta sebuah filem yang mendorong rakyat Malaysia melihat Merdeka dari sisi berbeza dan seterusnya mengubah cara mereka meraikan hari yang bermakna ini dalam sejarah Malaysia.
Selama 65 tahun, topik Merdeka berkisar tentang ucapan ikonik Tunku Abdul Rahman. Ia dipelajari di sekolah dan dipaparkan dalam pelbagai kempen pengiklanan seluruh negara. Namun, Merdeka lebih daripada sekadar ucapan tersebut. Melalui penggunaan teknologi, filem ini menghidupkan pelbagai detik simbolik yang berlaku pada hari bersejarah tersebut dan melaungkan semangat dan ertinya menjadi seorang rakyat Malaysia.
Berbanding filem lain yang menggunakan cerita rekaan, filem ini memaparkan Johan, warga emas yang berada di stadium untuk menghadiri Hari Merdeka pada tahun 1957. Beliau dibawa ke stadium untuk mengenang kembali pengalamannya apabila detik-detik kenangannya yang sungguh bermakna dicipta semula. Apabila beliau berjalan sekitar stadium, segala kenangannya pada hari tersebut dihidupkan kembali di tempat duduk, pada waktu sebenar. Melalui memori Johan tentang Hari Merdeka, filem ini berperanan sebagai ingatan bahawa sifat murah hati, adalah asas semangat rakyat Malaysia, sejak dulu lagi. Jika kita meluangkan masa dan meluaskan pandangan, di sekeliling kita sentiasa ada kebaikan.
Sambutan Hari Merdeka di Malaysia setaraf dengan The Superbowl di Amerika Syarikat. Pelbagai jenama, besar atau kecil meraikan detik bersejarah ini dengan penghormatan dan penghargaan. Walaupun ianya adalah musim popular, mesej yang disampaikan tetap sama: perpaduan, menghormati kebudayaan setiap kaum, bersatu demi mengatasi segala perbezaan. Namun, sebagai jenama yang bertapak di Malaysia lebih 100 tahun, Cadbury Dairy Milk ingin menyerlahkan sisi Merdeka yang tidak pernah dilihat selama ini. Filem ini tidak berpusat pada naratif ucapan seorang tokoh, sebaliknya ia memfokuskan pada jutaan insan yang menyaksikan ucapan itu dan lebih lagi.
Nikhil Nicholas, Ketua Pemasaran untuk Coklat, Asia Tenggara berkata: “Cadbury Dairy Milk sentiasa berusaha untuk menyerlahkan naluri murah hati yang wujud di kalangan kita dan Hari Merdeka ini adalah peluang terbaik. Ingatan Johan tentang kebaikan harian yang disaksikan pada hari bersejarah tersebut dihidupkan kembali.”
Nizwani Shahar Ketua Pegawai untuk Ogilvy Malaysia berkata: “Cadbury Dairy Milk adalah jenama global ikonik dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan juara yang terus memacu keberkesanan jenama dan perkembangan perniagaan dalam landskap moden. Kami mengibarkan bendera Cadbury dengan gemilang kerana sudah lama berada dalam perniagaan ini. Kemampuan menghasilkan kerja yang berimpak besar dan berkesan menjadi bukti kepada kerjasama kukuh dengan klien yang mengizinkan kami mencuba yang terbaik.”
Adrian Miller, Ketua Pegawai Kreatif Malaysia berkata: “Realiti hari ini adalah tiada siapa ingin meluangkan massa menonton segala bentuk pengiklanan, terutamanya pada upacara khas seperti Hari Merdeka yang memaparkan kisah yang sama setiap tahun. Apa yang ingin ditonton adalah kisah bermakna yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kisah yang mencetuskan sifat ingin tahu dan membawa nilai dalam hidup mereka. Inilah aspirasi setiap kerja yang kami hasilkan dan juga cita-cita bersama sekutu kami di Mondelēz.”
Kempen ini berlangsung pada pertengahan Ogos hingga pertengahan September.
You May Also Like
Affordable, Simple, and Accessible: DearTime Launches as Malaysia’s First Life Insurer in the BNM Sandbox
- Get link
- X
- Other Apps
Driving in Style and Comfort: A Comprehensive User Experience with Hamel Malaysia Ultimate Car Care Services
- Get link
- X
- Other Apps