Showing posts with the label Cartoonito

Posts

Jenama TV Baharu ‘cartoonito’ Ajak Si Kecil Gelak Ketawa, Bermain Sambil Belajar

Cartoonito merupakan kediaman baharu untuk Lucas the Spider, Dino Ranch, Monchhichi, Esme & Roy dan banyak lagi – hanya di Cartoon Network dan HBO GO Waktu dinanti-nanti si kecil sudah tiba untuk mereka ketawa, bermain sambil belajar dengan pilihan program jenama baharu, Cartoonito yang disajikan setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD). Baru sahaja dilancarkan, Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun. Ia merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronokan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya. Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil “Humancentric Learning”. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama: Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (kebe