Showing posts with the label Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia

Posts

Pengguna Keliru, Pakej Keluarga Malaysia Perlu Diselaraskan Segera

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat kerana mewujudkan Pakej Keluarga Malaysia yang mana ianya adalah satu inisiatif yang amat baik untuk membantu meringankan beban pengguna komunikasi dan multimedia secara tersasar dalam mengharungi kehidupan digital yang akan berterusan akibat Pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan pelbagai pakej – pakej lain yang ditawarkan di bawah Pakej Keluarga Malaysia ini telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. CFM sebagai sebuah forum yang bertanggungjawab untuk mengutamakan hak pengguna ingin menyarankan kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat agar dapat menyeragamkan setiap Pakej Keluarga Malaysia supaya pakej – pakej ini dapat dinikmati dengan mudah oleh rakyat Malaysia tanpa membebankan mereka di masa hadapan. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu segenap golongan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa...